 |
 |
 |
|
Sunday, December 16, 2007
Fikir Guna Akal....antara realiti dan fantasi
 Ilmu Allah tersangat luas seumpama mencelup sebatang jarum di lautan. Air yang terdapat di hujung jarum adalah ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia sebaliknya air seluas lautan itu adalah ilmu yang masih tersembunyi. Tak usahlah kita pergi jauh. Lihatlah kepada diri sendiri. Cuba cari di mana akal?. Yang dijumpa hanya otak. Kalau otak, hampir semua binatang juga mempunyai otak. Hinggakan udang yang kecil itu pun mempunyai otak. Kadang-kadang kita juga jadi tidak keruan dalam hal ini. Cuba lihat dialog ini...
"Kau ni memang tak ada otak ke? Itu pun tak boleh fikir...." "Cubalah kau fikir secara mendalam sikit... Kan kita ni ada akal...."
Amacam? Mahu terbelit fikiran dibuatnya. Kadangkala kita sebut fikir dan adakalanya kita disuruh menggunakan akal. Bila sebut tentang 'fikir' kita akan terbayangkan otak. Tapi bila sebut guna akal apakah yang kita nak bayangkan?
AKAL VS NAFSU
Akal adalah sebuah unsur yang akan membimbing manusia ke arah ketenangan dan juga kebahagiaan hidup. Maha Kuasa Allah, kenapa haiwan tidak diciptakan berakal seperti manusia? Teringin rasanya nak tengok seekor kambing mencari tandas untuk membuang air besar. Itu cuma khayalan kan?
Cuba perhatikan perjalanan hidup kita. Masing-masing cuba koreksi kembali sejarah yang telah kita bina sehingga sekarang. Kalau saya, saya sudah punyai ibubapa yang baik, keluarga yang bahagia dan paling penting saya diberi peluang untuk merasakan kasih sayang Allah. Anda bagaimana?
Teringat waktu kecil, selalu bergaduh dengan abang. Kebanyakannya berpunca daripada perkara remeh-temeh je. Biasalah, "budak-budak". Belum matang lagi. Tetapi setelah saban tahun kita merintis hidup dengan penuh teliti, pasti terungkap kembali kisah-kisah lampau terutamanya zaman keemasan kita sewaktu kecil. Waktu itu, semua permintaan dipenuhi. Mendapatkannya terlalu mudah, cukup hanya dengan mengalirkan air mata dan menangis sekuat-kuat hati.
"nak yang mana satu..yang ni ke yang ni? ", soal akak sambil menghulurkan tangan yang berisi wang kertas 5 ringgit beserta sekeping syiling"
"uuutuuu ", kata Syira. Tak dapat difahami kata-katanya, tetapi tindakbalasnya sudah cukup untuk memberitahu dia suka syiling itu. Kenapalah syiling juga yang dipilih? Apalah sangat nilai syiling sepuluh sen jika dibandingkan dengan not hijau bernilai 5 ringgit itu. Sepuluh sen? Dulu sepuluh sen dah boleh dapat 3 biji coklat, sekarang? Isk, tandas pun dah 30 sen. Dulu kalau ada 5 keping syiling sepuluh sen, dah boleh beli nasi ayam. Tapi sekarang…isk, tak logiklah, apsal sepuluh sen jugak yang dia pilih.
Akal vs otak? Agak-agak apa bezanya? Syira dah jelaskan perbezaannya kepada kita. Ketika ini, Syira baru mengenal dunia. Masih belum mengerti nilai yang terkandung di sebalik 5 ringit dan sepuluh sen. Yang pasti, dia tertarik dengan kilauan sepuluh sen. Mungkin berminat untuk ditelan ataupun sekadar untuk dipandang.
Jadi, apa sebenarnya yang mendorongnya mencapai kepingan syiling itu? Kalau bukan akal, apa lagi...syira kan dah berotak???
Nafsu. Syira sememangnya berotak, tapi otaknya masih dikawal oleh nafsu. Hampir keseluruhan dirinya dikawal oleh nafsu. Mungkin pada tahap maksimum. Dia belum cukup ber"akal" untuk berfikir. Nafsu diri yang mencorakkan kelakuannya ketika itu.
"Oooo…jadi nafsu lagi tua daripada akal la".... KEMBARA AKAL DAN IMAN
"kalau nafsu yang meracuni otak kita, apa plak yg pandu akal???"
Hakikatnya, walaupun akal merupakan satu unsur mulia yang dianugerahkan kepada manusia, namun ia sering disalahguna sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas mahupun rakyat biasa. Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamadun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya.
Akal dipandu oleh Ilahi. Sudah terbukti lagi bersuluh, bahawa kegelapan pasti membutuhkan kehadiran cahaya dalam hidupnya. Begitulah juga manusia. Sudah menjadi fitrah manusia untuk beragama. Dan kita sebagai seorang Muslim, mesti yakin bahawa sesungguhnya agama yang benar hanyalah agama Islam.
Seorang penzina yang telah insaf misalnya, bagaimana kehidupan mereka yang seterusnya? Bukankah mereka kembali kepada fitrah, iaitu kembali kepada Allah. Adakah ada pihak yang memaksa mereka untuk solat tahajjud, berpuasa dan menangis-nangis di tengah malam? Tidak. Ianya semua terhasil daripada gerak hatinya. Hati yang sudah siap sedia tersimpan keinginan untuk beragama. Hanya menunggu masa untuk kita menggerakkannya.
Kita meyakini bahawa agama Islam didasari oleh sepenuh keyakinan terhadap keEsaan dan juga keKuasaan Allah s.w.t, beserta kesaksian terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bukan itu sahaja, kita juga dibekalkan dua senjata utama dalam hidup iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi, inilah pemandu kita. Ianya pasti dan pasti membawa kita ke destinasi yang ditujui dengan selamat dan tenang. BAHASA AKAL BAHASA HATI
Setiap manusia semestinya berakal, dan kita seharusnya bersyukur atas nikmat ini. Tetapi yang membezakan di antara kita adalah sejauh mana kita menjana akal ke arah mengilhamkan sebuah kepatuhan dan juga ketaqwaan kepada Yang Maha Esa.
Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.
Seorang pemimpin misalnya, keputusan mereka dalam sesuatu tindakan pasti bertembung antara dua medan yang akan menguji tahap keimanan mereka. Adakah kewajipan atas diri sendiri yang mesti didahulukan ataupun kehendak ahli yang terpaksa diutamakan? Di sinilah akal yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah tadi harus berfungsi dengan sebaik mungkin.
REALITI SEMASA
Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi. Jika dulu setiap kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan budaya kehidupan Barat. Istilah 'budaya kuning' cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan bebas di Barat yang menjadi kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya import ini yang telah merosakkan akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin terhakis dan terus hilang dari kamus. Dengan kata lain, 'budaya kuning' itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah menjadi 'budaya kita'. Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di dalam masyarakat. Masyarakat nampaknya sudah 'lali' dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
 Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah salah laku remaja. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di tempat yang tersorok, malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk, cium dan raba adalah fenomena biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak sekalipun. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu 'pengiktirafan'. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam! MASIH ADAKAH SINAR UNTUK KITA
 Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Orang-orang kafir Barat hidup tanpa berpandukan agama. Oleh itu, mereka menyelesaikan segala masalah mereka hanya dengan mengikut selera nafsu tanpa panduan dari agama mereka. Kita umat Islam berbeza sama sekali dengan mereka di mana kita mempunyai panduan, apabila kita berpegang dengannya, kita tidak akan sesat selama-lamanya. Dan panduan kita itu tak lain tak bukan ialah Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Jika mengambil selain keduanya, maka sudah pasti segala masalah tidak akan dapat diselesaikan dan lebih buruk lagi, umat Islam pasti akan tersesat. Inilah apa yang berlaku pada hari ini, semua masalah diterapkan hukum berlandaskan nafsu semata, bukannya hukum Allah. Umat Islam telah mengambil cara berfikir kafir Barat di dalam menyesaikan segala permasalahan. Maka berlakulah apa yang kita saksikan sekarang - penyelesaian yang tidak pernah menyelesaikan.
Umat Islam tidak habis-habis menggunakan nafsu dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri samada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Wahai kaum Muslimin! Kalian semua mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.
Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"
Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu. Wallahualam
| | |
Saturday, December 08, 2007
Dan
Tunaikanlah...!
" Dan
tepatilah janji dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu melanggar
sumpah setelah diikrarkan,sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksi (di
atas sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat "
(An-Nahl,16: 91)
Alhamdullilah di atas nikmat iman dan islam,anugerah x
ternilai daripada Allah buat hamba2Nya yang terpilih...bkn kerana pilih kasih
tapi atas dasar kesungguhan mrk mencari hidayah..spt janjiNya.."dan
sesiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalan Kami, PASTI akan kami
tunjukkan jalan-jalan Kami..'
Semester baru bermula..sekali lagi kita akan diuji, baik
dari segi pelajaran,mahupun perjuangan.. bagi yang still maintain excellent
study, congratulation, bagi yang agak tergugat la tahzan..keep struggle, start
from now jgn study last minutes. cari notes n soalan2 exam sem lepas, tanya member
yang dah amik subject tu, jumpe lecturer ..BACK OFF!!!!
kini tanggungjawab makin berat, banyak pekara mesti di ambil
kira, baru benar-benar terasa kewajiban itu melebihi waktu..buat ikhwah akhwat,
tetap kan hati, jiwa mesti kuat..jgn mudah tersinggung. .Perjuangan ini adalah
untuk org2 yang tahan dan lasak.. bukan utk mrk yang mudah merajuk..untuk tahap
ini seharusnya tak perlu lagi ikhwah akhwat menjadikan emosi sebagai kendala
buat jamaah, wajib utk kita bersih kan hati drpd di kuasai emosi dan
amarah yang akan menghalang kelancaran perjuangan ini..benar
ukhuwwah itu harus dijaga, tapi tak bermakna kita sahaja menuntut agar di
sopani, mengapa tidak kita yang menyantuni sahabat yang lain?
bekerjalah kerana Allah, x kira apa posisi sekali pun,
banyak tugasan yang butuhkan org yang ikhlas, kadang tak perlu punya
pangkat,atau nama, asal ada kemahuan, pasti Allah akan bantu.
Insyallah
dengan ketentuanNya kita hidup dan kepadaNya jua
kita akan kembali..jadi masing-masing perlu persiapkan diri ke arahnya..usah
leka dibuai mimpi dunia, kerana tugas kita masih banyak..terlalu banyak dan
tersangat banyak..jadi bekerjalah untuk agama kita
semua.
wallahua'lam
| | |
Sunday, December 02, 2007
Semarak Diri...Menuju Puncak...!
Assalamualaikum semua. Menjelang cuti yang bakal tiba tidak lama lagi, saya mewakili gabungan mahasiswa daerah Bachok, Kelantan bersama beberapa orang ahli NGO telah menyatakan hasrat secara tidak rasmi untuk menganjurkan sebuah kem kecemerlangan yang bakal berlangsung di negeri Kelantan Darul Naim.
Bertemakan " Semarak Diri...Menuju ke Puncak", kelompok sasaran bagi program ini ialah pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan samada SPM mahupun PMR. Apapun, ianya masih dalam proses perbincangan. Memandangkan ianya masih belum menemui kata putus, jadi pengumuman pada kali ini bukanlah untuk menyatakan butir-butir kem tersebut secara amnya, tetapi lebih menjurus kepada sebuah hebahan buat sahabat-sahabat yang berminat untuk turut serta dalam program yang bakal dianjurkan. Dan yang lebih penting, kami mengharapkan saranan, pandangan mahupun cadangan daripada sahabat-sahabat demi kelangsungan visi dan misi program yang bakal dilaksanakan.
Memandangkan ianya bakal dilangsungkan di Kelantan, jadi keutamaan lebih diberikan kepada sahabat-sahabat yang berdekatan bagi memudahkan lagi proses persediaan program. Apapun, terima kasih diucapkan kepada beberapa orang sahabat ( luar dari Kelantan ) yang telah menyatakan kesudian mereka untuk turut serta dalam program nanti. Insyallah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Buat sementara waktu, kepada sahabat-sahabat yang berminat, juga kepada sahabat-sahabat yang mempunyai sebarang persoalan mahupun cadangan, boleh terus menghantarnya ke email saya : jundu_may@yahoo.com . Sahabat-sahabat yang tidak punyai kelapangan waktu, bolehlah sekurang-kurangnya menitipkan email anda buat simpanan kami bagi memudahkan proses pengumumam bagi perlaksanaan program-program lain selepas ini. Boleh hantar email anda melalui widget di bawah.
Jadi, insyallah maklumat akan diupdate untuk butir-butir yang lebih lengkap selepas mesyuarat rasmi diadakan. Buat akhirnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah membantu samada secara langsung mahupun tidak langsung. Pohon jasa baik sahabat-sahabat untuk turut sama menyebarkan banner program tersebut seperti di atas kepada sahabat-sahabat yang lain. Semoga segala yang dirancang diredai oleh Allah. Ameen
Yang benar, Mohd Kamil Bin Ab Halim (jundu_may@yahoo.com)
| | |
Saturday, December 01, 2007
Luasnya alam ini.....
 Ingin tahu betapa luasnya alam ini marilah kita lihat galaksi yang kita tinggal sekarang iaitu Bima Sakti (Gambar atas)?. Garis pusatnya ialah 100,000 tahun cahaya dan tebalnya 1,000 tahun cahaya. Galaksi Bima Sakti sahaja dianggarkan mempunyai 200 billion bintang. Matahari adalah merupakan salah satu bintang.
Berapa banyak galaksi yang ada? Mengikut anggaran ahli astronomi terdapat berbillion galaksi. Setiap galaksi mempunyai kumpulan bintangnya sendiri.
Bagaimana ukuran tahun cahaya? Begini... 1,000 picometres = 1 nanometre 1,000 nanometres = 1 micrometre 1,000 micrometres = 1 mm 10 mm = 1 cm 100 cm = 1 m 1,000 m = 1 km 9,460,000 juta km = 1 tahun cahaya
*Kelajuan cahaya ialah 299,792,458 meter per saat
Sekarang bayangkan galaksi yang dapat dilihat dengan teleskop hubble ada yang mencapai jutaan tahun cahaya untuk kita melihatnya... subhanallah...
| | |
Friday, November 23, 2007
Pemimpin Harapan
Bangsa

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya
kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke
cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?"
Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin
tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih
daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini
adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat
kepada negara dan rakyat Iran.
Ahmadinejad,
Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat
Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang
berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan
permaidani murah yang biasa.
Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah
bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan
menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar
bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah
bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi
kayu. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan
pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang
berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.
Di bawah
pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk
memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut
untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai
syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa
individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan
akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa
diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang
bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu
tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang
dipegangnya itu.
Perkara pertama
yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah
pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model
tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya
40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran,
akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke
dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang
pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.
Beliau masih lagi
tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang
dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah
negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang
strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem
pertahanannya. Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya
dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik
negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu
perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya
adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya
mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti
biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya.
Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.
Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet
peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk
menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau
menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa
pada kelas ekonomi.
Beliau kerap mengadakan
mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti
mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.
Di samping
itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk
memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta
keizinan terlebih dahulu.
Beliau telah membubarkan
beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi
fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu
mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.
Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel,
beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa
katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil
sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam
sederhana dan sehelai kain selimut.
Dalam salah
sebuah gambar menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di
rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa
bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah
diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian
menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya,
gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di
seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.
p/s
: akhirnya faham kenapa Presiden Iran Ahmadinejad
begitu ditakuti oleh barat dan berjaya .. sukar dicari ganti, pemimpin
sekarang ramai yang suka "buncitkan perut" sendiri jer. Saya sokong
Ahmadinejad sebab dia ISLAM bukan sebab syiah. Ayuh bergabung, letakkan
ISLAM bukan di atas dasar kefahaman atau ideologi semata. Ayat Allah
penuh seribu makna. Allah akan datangkan satu golongan yang Allah cinta
mereka dan mereka cinta Allah. Bertegas kepada musuh dan berlemah
lembut sesama mukmin islam.
Wassalam | | |
|
|
 |
|
 |
 |
 |
Assalamualaikumwarahmatullah...
Ahlan wasahlan wa marhabanbikum..
|
 |
|